Assalammualaikum

Assalammualaikum...
Terima kasih kerana sudi melawat blog kami yang serba kekurangan ini...
Jika saudara atau saudari ingin mengemukakan komen atau cadangan hantarlah ke islam.4.for.peace@gmail.com. Jika saudara atau saudari mempunyai sebarang persoalan, InsyaAllah, kami membantu.

Thursday, December 9, 2010

Mengawal stress


Kamu yang sedang mengalami stress berpunca daripada masalah cinta/persahabatan/pembelajaran/pekerjaan, cuba kamu amalkan tip2 di bawah untuk mengawal masalah tekanan perasaan yang kamu hadapi.
  1. Tarik nafas & tahan penafasan seterusnya barulah hembus dengan kuat
  2. Kurangkan pergerakan / berdiam diri untuk mengurangkan degupan jantung
  3. Buat senaman yang boleh meregangkan otot2 kamu
  4. Alihkan pemikiran negatif & tidak rasional kamu kepada perkara yang lebih positif & membina
  5. Tumpukan perhatian kepada perkara positif sahaja
  6. Gunakan jenaka untuk memulihkan perasaan stress
  7. Ubah tempat persekitaran kamu
  8. Jauhkan diri kamu daripada suasana yang boleh memberi kesan stress kepada diri
  9. Libatkan diri kamu dengan aktiviti yang menggembirakan
  10. Bagi yang ada masalah percintaan, kenal pasti masalah & cari penyelesaian dengan si 'dia'
  11. Kamu perlu menerima kenyataan yang kamu sedang mengalami stress.
  12. Pelajarilah teknik & kaedah pengurusan stress
  13. Sekiranya tiada perubahan dalam masalah stress yang kamu hadapi selepas 3 minggu, amalkan teknik & pengurusan stress yang disarankan ini, berjumpalah dengan pakar & dapatkan bantuan mereka
jadi, janganlah ambil ringan soal stress. kerana stress boleh mengundang pelbagai penyakit. Kalau kamu stress, semua kerja yang kamu lakukan tidak akan berjalan dengan lancar dan selalu tergendala serta tumpuan kamu terhadap kerja yang kamu lakukan akan hilang.

Sekian....

0 comments:

Post a Comment

Jika anda ada cadangan, komen atau tidak berpuas hati pada entri ini sila kemukakan

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARKATUH!


Followers

 

islam.4.for.peace Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino