Assalammualaikum

Assalammualaikum...
Terima kasih kerana sudi melawat blog kami yang serba kekurangan ini...
Jika saudara atau saudari ingin mengemukakan komen atau cadangan hantarlah ke islam.4.for.peace@gmail.com. Jika saudara atau saudari mempunyai sebarang persoalan, InsyaAllah, kami membantu.

Tuesday, November 16, 2010

soalan (Jodoh?)


Salam ukhwah buat pengunjung .
Saya ada satu soalan disini. Memang menjadi kemusykilah di hati saya sendiri. Dengan sebarang jawapan antum semua, mungkin lega sikit hati ini. Coz, time time SPM nilah yang mengganggu sangat.



Betulkah kalau ada jodoh bertemu jugak ?.( Mohon jawab )




Saya musykil mengenai persoalan ini.. Saya berusaha mentaati perintah Allah, saya berusaha tidak melanggar amanat Rasul, saya berusaha bertaubat bersungguh sungguh atas dosa dosa yang lampau, saya turut berusaha mentaati perintah ibu bapa saya. Kerana fikiran saya hanya satu, apabila saya kahwin nanti, saya inginkan keluarga yang barakah. Saya berusaha membina peribadi terbaik, saya nakkan kesempurnaan dengan nilai agama yang ada pada seorang muslim.



Secara jujurnya saya ada meminati seorang lelaki. Saya hanya pernah bertemu dengan lelaki itu, hanya 4 kali. Saya tak pernah tahu nama dia, saya tak pernah tahu umurnya berapa, dan siapa dia. Saban hari yang saya lalui.. begitu tersemat dirinya dalam hati. 



Saya cuba lepaskan, saya cuba lepaskan. Tapi ia tetap menuntut perasaan saya. Saya seperti dalam dilema, tapi pelajaran tidak pula saya abaikan, alhamdulillah. Untuk peperiksan Spm kali ini saya merupakan pelajar terbaik di ranking yang ke 2. Selaut kasih saya tujukan buat ibu bapa saya yang banyak memberikan sokongan dan tak putus putus memberi harapan.



Setelah 10 bulan berlalu, takdir Allah menemukan kembali dengan si dia. Saat bertentang mata, melihat wajahnya yang (sebenarnya saya tak dapat ingat walau warna kulitnya sekalipun), saya akhirnya terkedu. Terkedu apabila tiba tiba si dia muncul dihadapan saya, dan memang terasa sebak sangat. Sebak gembira. 



Tika itu saya berada di kedai makan, dan mejanya tidak jauh dari tempat duduk saya. Apabila pekerja sudah pergi, dia menghampiri saya dan meminta num telefon. Setelah beberapa kali menolak, akhirnya saya akur. Saya memberi no saya kepadanya.



Dia meluahkan perasaannya kepada saya, bhawa dia meminati saya. Saya hanya mengatakan supaya dia menjadi insan yang soleh, sebaliknya dia pula mendoakan saya menjadi insan solehah. Setelah bertukar num telefon, saya hanya beberapa kali mesej ngan dia. Bukan apa, kerana ketakutan saya kepada takdir yang mungkin berubah. Dan kerana beberapa kali itu, saya tahu aktivitinya. Alhamdulillah, aktivitinya banyak menjurus ke peningkatan agama islam ini. Pergi mesyuarat tentang gerakan dakwah. 



Saya tidak pula mudah mempercayai kata katanya, kerana saya tahu saya harus berhati hati. Kebetulan dia adalah anak buah kepada kawan ayah saya. Sedikit sebanyak membantu diri saya supaya mencari kebenaran kata katanya. Sememangnya dia seorang pemuda yang cintakan agama.



Saya berusaha, saya mahu mujahadah agar cinta saya pada dia tidak diketahui ataupun dia tidak mencium bau cinta saya padanya. Kerana cinta saya pada Allah masih belum besar. Saya berpegang pada kata kata naqibah usrah


Quote
Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta pada-Nya dan Allah takkan bagi. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa. Dan siapa dia siapa kita.



Kata² ni benar benar tersemat dalam diri saya. InsyaAllah, saya sebenarnya ingin menjaga perhubungan ketika remaja, kerana dosa zina hati, zina mata amat berat seksaannya di akhirat kelak.



Tapi sampai sekarang, saya takkan cuba bertanya tentang namanya. kerana bagi saya itulah sesuatu yang paling mahal untuk saya. Segalanya saya mohon perlindungan Allah, minta dijauhkan dari bisikan dan godaan syaitan. Hasrat saya ketika ini ialah belajar dan belajar...



Saya sebenarnya takut berbicara tentang hal ini, kerana saya takut Allah menjauhkan saya dariNYA.., melaknat perasaan saya dan si dia bukan milik saya. 



Kalaulah 'dia' adalah seungkap nama yang ditakdirkan untuk saya di luh mahfuz, saya redha. Jika bukan, saya turut tetap redha...



Walau macam manapun saya tetap akan mujahadah dan mujahadah... 

0 comments:

Post a Comment

Jika anda ada cadangan, komen atau tidak berpuas hati pada entri ini sila kemukakan

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARKATUH!


Followers

 

islam.4.for.peace Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino